Connect with us

Oh! Media

(Video) Arah Kereta Ke Tepi Bagi Laluan Geng Konvoi, Polis Cari ‘Marshal’ Ini

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 12 06t125520058

Trending

(Video) Arah Kereta Ke Tepi Bagi Laluan Geng Konvoi, Polis Cari ‘Marshal’ Ini

Sebelum ini, tular di Facebook tindakan ‘marshal’ berlagak seperti anggota polis trafik apabila menghentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat untuk memberikan laluan kepada geng konvoinya.

BACA: Tular ‘Marshall’ Konvoi Kawal Lalu Lintas, Itu Kerja Polis!

Nampaknya perkara yang sama berlaku sekali lagi apabila tular satu rakaman video bertarikh 5 Disember 2021 menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada orang awam supaya memperlahankan kenderaan mereka.

IKLAN

Dalam video berdurasi tiga minit itu, marshal berkenaan menggunakan isyarat tangan meminta kenderaan awam bergerak ke kiri bagi memberi laluan kepada kira-kira 20 buah motosikal berkuasa tinggi.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt. Aidi Sham Bin Mohamed menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya sedang mengesan individu yang terlibat di dalam rakaman tular itu.

Pihak polis menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967, Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Halangan Lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59 (Kaedah 12(3)(A) – (Kesalahan di garisan berkembar).

Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Port Dickson di talian 06 6472222.

Jelas beliau lagi, seorang marshal tidak dibenarkan untuk memberi apa jua arahan bagi tujuan menahan, memberhentikan kenderaan atau melencong tanpa kehadiran pegawai polis.

Pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak seperti anggota polis trafik.

Kenyataan penuh:

Kredit: Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson | Mohd Fadzly Nordin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas