Connect with us

Oh! Media

Tular ‘Marshall’ Konvoi Kawal Lalu Lintas, Itu Kerja Polis!

029ece97 0a04 41ac 926b 4b8191a80765

Trending

Tular ‘Marshall’ Konvoi Kawal Lalu Lintas, Itu Kerja Polis!

Sebelum ini tular di media sosial satu video yang memaparkan ‘marshall’ konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson. 

BACA : Buat Bising & Berlumba! Kumpulan Konvoi Motosikal Atau Kereta Tak Dibenar Naik Genting

Menurut laporan Harian Metro, semua kenderaan pengiring atau ‘marshall’ tidak dibenarkan sama sekali untuk mengawal lalu lintas tanpa pembabitan pihak polis.

IKLAN

Penggunaan marshall dalam sesuatu konvoi, pertandingan atau apa saja program lain sebenarnya mestilah dengan adanya kehadiran anggota polis dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim.

Orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah marshall ini sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta anda memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan pelbagai lagi.

Akta Polis 1967 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan dengan memberikan kuasa kepada Pegawai Polis, Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Warden Trafik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal lalu lintas di jalan awam.

Tindakan juga akan diambil bagi individu yang atau kumpulan yang memberhentikan, mengawal atau melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota polis.

Polis telah menahan dua lelaki yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat dalam video yang tular tempoh hari. Kedua-dua mereka yang berusia 26 dan 27 tahun itu  bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang. Jangan nak memandai, kan dah kena!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas