Connect with us

Oh! Media

(Video) Akibat Kongsi Akaun Bank Dengan BF, Wanita Menangis Duit Gaji Habis Licin Dicuri

Ohmedia dicuri

Trending

(Video) Akibat Kongsi Akaun Bank Dengan BF, Wanita Menangis Duit Gaji Habis Licin Dicuri

Satu perkongsian di media sosial di Twitter menjadi tular berikutan kisah seorang gadis yang mendakwa duit simpanannya habis kerana dicuri oleh bekas teman lelaki.

Dalam video tersebut, gadis itu telah memberikan nombor akaun bank miliknya kepada lelaki itu kepada bekas teman lelakinya itu.

Bekas teman lelakinya itu juga sudah berkahwin dan gadis itu tidak menyangka lelaki itu tergamak mengambil duit di dalam bank di luar pengetahuannya.

IKLAN

Ceritanya lagi, bekas teman lelakinya itu sudah berpakat dengan kakak mengenai kecurian wang tersebut dan gadis itu telah menerima alasan duit yang diambil adalah sebagai ganti rugi pembelian barang-barang ketika mereka bercinta dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan tidak bertanggungjawab lelaki itu yang sesuka hati mengambil wang daripada akaun bank orang lain semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

komen Twitter

Ramai yang menasihatkan agar kaum wanita terutamanya untuk tidak sesekali berkongsi nombor akaun bank ataupun perihal gaji dan sebagainya kepada pasangan yang belum berkahwin.

Dalam pada itu, ada juga yang menyalahkan gadis itu kerana sewenang-wenangnya memberi maklumat mengenai simpanan wang di bank kepada seseorang yang bergelar kekasih.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas