
Oh! Tidak
Mayat Remaja Reput Dijumpai, Teman Lelaki Dan Dua Ahli Keluarga Lagi Ditahan
Penduduk Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting digemparkan dengan penemuan mayat reput pada Sabtu lepas.
Menurut laporan Harian Metro, mangsa dipercayai remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 19 Disember lepas.
Mayat wanita dijumpai reput, polis tahan 3 suspek

Susulan kejadian itu, polis telah menahan tiga orang lelaki berusia 16, 20 dan 51 tahun termasuk teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan.
Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas diklasifikasikan semula daripada kes orang hilang dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Proses siasatan masih berjalan

Mayat telah dibawa ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat. Namun, pihak berkuasa masih menunggu keputusan ujian DNA kerana keadaan mayat yang sudah reput menyukarkan pengecaman secara fizikal.
Mangsa dipercayai adalah Yap Xin Yuan, remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Kajang.
Kehilangannya mencetuskan kebimbangan apabila kali terakhir dia dilihat memakai baju tarian singa merah di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.
Menurut Datuk Hussein, siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang. Ketiga-tiga suspek kini direman sehingga 5 Januari untuk membantu siasatan.
Berikutan penemuan (mayat) ini, kami sedang menjalankan siasatan rapi untuk memastikan keadilan ditegakkan.
#OhmediaNasihat
Kejadian ini menjadi peringatan penting kepada ibu bapa dan masyarakat untuk lebih peka terhadap keselamatan anak-anak, terutamanya remaja yang keluar bersendirian. Pastikan lokasi mereka sentiasa diketahui, dan jangan teragak-agak untuk melaporkan sebarang perkara mencurigakan kepada pihak berkuasa.
Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini, dan keadilan dapat ditegakkan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro
