Connect with us

Oh! Media

Hilang Tak Dapat Dikesan, Emma Maembong Dakwa Di ‘Block’ Pembantu Rumah

D563119a c332 4acb 9862 8e26ae5e8b29

Oh! Artis

Hilang Tak Dapat Dikesan, Emma Maembong Dakwa Di ‘Block’ Pembantu Rumah

Pejam celik pejam celik, rupanya sudah setahun pelakon cantik Emma Maembong bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar. Malah, Emma dan suaminya juga sudah pun dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Shariq Gabriel pada awal tahun ini.

Terbaru, Emma Maembong dikatakan telah berkongsi satu gambar dan video di laman instagramnya untuk meminta bantuan orang ramai bagi mengesan pembantu rumahnya yang telah melarikan diri pada hari ini.

5b7074d2 3c4a 4787 968d 682669aed308

Menurut Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 29, pembantu rumah bukan warganegara itu telah menghilangkan diri selepas dia memberi alasan mahu membuang sampah di hadapan rumah. 

IKLAN

Gambar dan kapsyen yang telah dimuat naik Emma di laman Instagram itu juga dikatakan telah mengejutkan ramai pihak dan berjaya meraih lebih lebih 20k dan lebih 300 komen dari netizen dan sahabatnya.

Hi, Assalamualaikum, sesiapa nampak dia tolong bagi tahu saya. Tujuan saya naikkan posting ini, bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa. Tapi untuk orang diluar sana supaya berhati hati dan jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan depan kita pura pura baik dengan kita. “ – Tulis Emma di Instagram.

A8370bc7 c97e 4b79 8a93 70a92e8c11f2

Sementara itu, Emma berkata tindakannya berkongsi foto dan video pembantu rumah itu bukanlah bertujuan untuk mengaibkan wanita berkenaan.

Ad959f39 aedc 4d9c 86d1 8bc223a99ccb
Pembantu rumah yang didakwa telah melarikan diri

Sebaliknya, dia mahu orang ramai berhati-hati dan lebih berwaspada dengan helah dan penipuan membabitkan pembantu rumah.

Menjawab beberapa komen pengikut di Instagram, Emma mengakui kecewa dengan sikap pembantu rumahnya itu lebih-lebih lagi selama ini mereka sekeluarga melayan dengan begitu baik.

Semoga urusan Emma sekeluarga dipermudahkan. 

Kredit: Emma Maembong

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas