Connect with us

Oh! Media

Ustazah Label Suami Dayus Sebab Biarkan Doktor Lelaki Tengok Aurat Bawah Isteri Ketika Bersalin

pendakwah bebas

Trending

Ustazah Label Suami Dayus Sebab Biarkan Doktor Lelaki Tengok Aurat Bawah Isteri Ketika Bersalin

Bagi pasangan suami isteri yang pernah melalui pengalaman proses kelahiran anak pertama mesti akan terfikir tentang perkara ini, iaitu sama ada nak bersalin di hospital kerajaan ataupun swasta.

ADVERTISEMENT

Bagi mereka yang beragama Islam, sudah tentu akan memilih doktor wanita berbanding doktor lelaki. Apapun, kelebihan ini kita hanya dapat di hospital swasta sahaja dan memerlukan kos yang lebih berbanding hospital kerajaan.

Boleh guna pakai ke alasan darurat?

Walaupun situasi ibu hamil terpaksa dedahkan aurat untuk doktor lelaki sambut bayi ini difikirkan ‘darurat’, lain pula pandangan dari seorang penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin yang melihat suami sebagai seorang yang dayus kerana membiarkan orang lelaki lain melihat aurat isterinya.

Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, marah! Kadangkala yang tak masuk akal, doktor lelaki.

Kalau kamu takut dosa dengan Allah esok, Dia tanya aurat isteri kamu tu tidak ada kemudaratan kerana ramai doktor wanita di luar sana.

Siti Afifah berpendapat zaman sekarang ada ramai doktor wanita yang dapat menguruskan wanita bersalin, jadi tak masuk akal sekiranya membiarkan doktor lelaki juga.

Suami tak rasa cemburu ke biarkan lelaki lain tengok bawah isteri?

Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada rasa cemburu melihat lelaki lain lihat aurat isteri dia, bawah tempat rahsia hanya suami saja tahu.

Sebagai seorang suami, kamu ingat di dunia kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main. Sehebar mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau bini (bayi) kamu disambut lelaki yang bukan suaminya.

“Kamu dayus. Suami yang dayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya.”

Bukan hanya mengkritik, Siti Afifah turut mencadangkan para suami untuk mengumpul duit dalam tempoh sembilan bulan isteri mengandung untuk membayar kos bersalin di hospital swasta yang diangggarkan menelan kos sebanyak RM4,000.

@sunnahtidakberbohong #doktorlelakisambutisteribersalin #sakitoperationsakitnyaselamanya #suamiwajibjagaisterioperationseumurhidupnyadenganbaik #sunnahtidakpernahberbohong ♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin

Kredit: TikTok

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas