Connect with us

Oh! Media

“Ustaz, Tolong Sangat Sampaikan Pada Semua Andai Saya Pergi…” – Bob Lokman

Bob Lokman

Trending

“Ustaz, Tolong Sangat Sampaikan Pada Semua Andai Saya Pergi…” – Bob Lokman

Sejak kebelakangan ini viral tentang keadaan kesihatan pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman. Masalah jantungnya yang semakin membengkak memerlukan beliau untuk memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk stabilkan denyutan jantung.

Screen shot 2018 11 30 at 103931 am

Namun, kos rawatan pun tersebut pun dah hampir cecah RM60,000. Sebab itulah, Bob Lokman dan keluarga terpaksa mohon bantuan dari mana-mana pihak yang sudi menghulur.

Rata-rata netizen menyampaikan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Bob. Bahkan, tak ketinggalan juga pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang sanggup turun padang untuk melihat sendiri keadaan Bob Lokman.

IKLAN
Photo6204105741569207145

Dalam posting beliau di Facebook, Ustaz Ebit Lew berkongsi ceritanya yang pergi ke Kelantan untuk melawat Bob Lokman sebaik sahaja selesai urusan pembukaan pasaraya Elewsmart di U13 Setia Alam. Bahkan, kalau korang nak tahu, Ustaz Ebit akan balik ke ibu kota petang ini juga sebab beliau memang ke Kelantan semata-mata untuk jumpa Bob Lokman.

Photo6204105741569207144
Photo6204105741569207143

Sempat menyampaikan pesan dari Bob Lokman, Ustaz Ebit menyatakan yang Bob menitipkan ucapan maaf pada semua pihak andai sudah sampai masanya untuk dia pergi. Ustaz Ebit juga sempat beri sedikit wang buat Bob untuk jalani pembedahan pada hari esok.

“Katanya, beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi, banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya, Bob Lokman menangis je tadi.” – antara perkongsian Ustaz Ebit Lew.

MashaAllah tabarakallah. Baik betul hati Ustaz Ebit sampai sanggup balik hari untuk pergi Kelantan. Kami di ohmedia doakan semoga Bob Lokman dikurniakan kesihatan seperti sedia kala dan urusan pembedahannya dipermudahkan. Juga buat Ustaz Ebit Lew, semoga terus diberi kekuatan untuk sebarkan kebaikan pada semua orang. Amiin.

Kredit: Facebook Ustaz Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas