Connect with us

Oh! Media

Usop Wilcha Tolak Tawaran Bayaran Murah, Mahu Pertahanan Hak Sebagai Pelakon

Ohmedia usop Wilcha

Oh! Artis

Usop Wilcha Tolak Tawaran Bayaran Murah, Mahu Pertahanan Hak Sebagai Pelakon

Pelakon Syed Mohamad Asri memaklumkan dia akan menolak tawaran lakonan yang hanya menawarkan bayaran terlalu rendah berbanding pengalamannya yang sudah lama dalam dunia seni.

Menurut Syed atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha, dia berkata ada segelinir produksi yang mengambil kesempatan terhadap golongan veteran.

Bagi saya mudah sahaja… kalau ada produksi yang tawarkan harga rendah saya akan terus tolak. Itu hak saya sebagai seorang pelakon.

Saya tidak nafikan ada sesetengah produksi yang ambil kesempatan terhadap pelakon lama ini. Mereka tidak menilai dengan baik dan memberikan harga rendah.

Jadi kalau berlaku perkara begitu lebih baik saya tolak awal.

Usop Wilcha

IKLAN

Dalam pada itu, baginya isu ditawarkan dengan bayaran yang rendah tidak perlu dihebahkan jika pelakon itu bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

Tak perlulah nak luahkan kepada orang ramai tentang isu ini. Sebagai pelakon kita sudah sign kontrak dan itu bermakna telah ada persetujuan dengan harga. Lebih baik tidak banyak bercakap selepas membuat keputusan sendiri.

Apabila sudah menerima tawaran, itu menjadi satu tanggungjawab buat pelakon. Saya tidak mahu tunjuk kebodohan diri sendiri dengan banyak merungut selepas sign kontrak.

BACA: Usop Wilcha Minta Izin Dengan Polis Nak Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaac di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas