Connect with us

Oh! Media

Usahawan Luah Rasa Kecewa Dengan Perangai Cef Nasi Arab Terkenal, “Kata Saya Tak Kenang Budi”

nasi arab

Trending

Usahawan Luah Rasa Kecewa Dengan Perangai Cef Nasi Arab Terkenal, “Kata Saya Tak Kenang Budi”

Seorang usahawan yang menyediakan khidmat penghantaran makanan di seluruh Malaysia meluahkan rasa terkilan dengan perangai seorang cef selebriti terkenal.

ADVERTISEMENT

Menerusi satu hantaran di Facebook, individu tersebut berkata sudah 5 tahun dia membuat servis menghantar nasi arab air tangan cef terkenal itu kepada pelanggan.

cef selebriti

Namun, sejak dua menjak ini sambutan kurang memuaskan dan dia membuka khidmat penghantaran untuk produk makanan lain.

Timbul pula isu apabila pihak cef itu didakwa membuat live video di media sosial dengan kapsyen ‘kawan makan kawan’.

cef ammar

Tak cukup dengan itu, dia dikatakan tak kenang budi dan dituduh bawa produk lain kerana dapat harga yang lebih murah.

Sebagai orang yang membuat servis penghantaran, dia menjelaskan hanyalah mencari rezeki untuk keluarga kerana servis yang ditawarkan adalah penghantaran bukannya pemilik produk.

nasi arab cef ammar

Malah, segala kos pengiklanan dan baiki kenderaan juga ditanggung sendiri kerana dia tak terikat dengan mana-mana syarikat.

So adil ke Chef you nak buat saya macam ini? Siap tuduh lagi yang saya naik ni sebab nama dia. Bang, logik akal sikit bang, mestilah kalau saya open tempahan nama produk awak, orang mesti nak tahu produk nama siapa, kan nama awak tu Chef. Takkan saya nak cakap itu adalah produk saya?

Kata individu dikenali sebagai Akiff ini, tuduhan yang dibuat semuanya tak berasas dan dia ada screenshot gambar dan tajuk live Facebook sebagai bukti.

chef terkenal

Pada awalnya, Akiff hanya mahu diam namun cef didakwa sekali lagi live menyebut namanya membuatkan dia perlu bersuara untuk mempertahankan diri.

BACA: Terkilan Harga Makanan Dikecam Mahal, Chef Ammar Tunjuk Bukti Guna Bahan Terbaik

Apa-apa pun semoga isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Kredit: Facebook King of Roadtrip

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


@ohmedia Menurut pandangan Islam, perkara yang berkaitan dengan hal rumah tangga tidak boleh dihebahkan apatah lagi kalau korang nak cerita dekat media sosial ni.. #rumahtangga#masalah#sosialmedia#news#borakborak#mugtalk#ohmedia ♬ original sound – Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas