Connect with us

Oh! Media

Usahawan Cakap Kasar Dengan Orang Tua Dah Dapat Balasan?

49242f03 4c66 4009 9439 99dc5d982a83

Trending

Usahawan Cakap Kasar Dengan Orang Tua Dah Dapat Balasan?

Hari ini tular di media sosial berkenaan seorang lelaki yang merupakan usahawan terkenal melayani warga emas dengan kasar. Usahawan tersebut mempersoalkan kisah lampau warga emas itu yang dikatakan kurang berusaha. Korang dah tengok video tu?

BACA : Cakap Kasar Dengan Orang Tua, Usahawan Ini Undang Kecaman Netizen

Kan dah mendapat!

Adab mana adab? Bukan main dia nak ‘sekolah’ kan orang. Walaubagaimanapun, usahawan tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) disebabkan tidak memakai pelitup muka seperti yang dapat korang lihat dalam video berdurasi 49 saat itu.

IKLAN

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata pihak polis mengesan perkara ini dan kejadian itu berlaku pada 11.30 pagi semalam ketika dia menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘ubah hidup’ kepada 20 gelandangan di satu pusat transit.

Kemudian, usahawan yang berusia 34 tahun itu dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.20 petang tadi.

Tak kisahlah korang usahawan ke, menteri ke atau apa-apa saja, korang pun tak terkecuali juga dari mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas