Trending
Ubat HIV Dan Malaria Mampu Sembuhkan Pesakit COVID-19?!

Setakat ini tiada penemuan khusus untuk penawar kepada wabak COVID-19 memandangkan ianya merupakan virus yang baru ditemui. Namun terdapat penyelidik dari Australia mendakwa ubat untuk mengubati HIV dan malaria boleh digunakan untuk menangani COVID-19.
Menurut info dari Sinar Harian yang memetik laporan dari Daily Mail, pasukan pakar penyakit berjangkit dari Universiti Queensland di Brisbane berpendapat dadah antimalaria, Chloroquine dan penghalang HIV, kombinasi lopinavir/ritonavir menunjukkan hasil yang memberangsangkan terhadap ujian yang dijalankan keatas manusia.
![]() |
| Sumber gambar dari Google |
Penyelidik, Profesor David Paterson berkata buat masa ini, kumpulannya mahu lakukan percubaan secara klinikal secara besar-besaran di seluruh Australia. Mereka juga ingin membandingkan satu ubat dengan ubat yang lain dan menggabungkan kedua-dua dadah berkenaan dalam usaha mencari penawar.
OHMEDIA: SEMOGA PENAWAR KEPADA WABAK INI SEGERA DITEMUKAN DAN KEADAAN KEMBALI KEPADA SEPERTI SEDIA KALA.
Sumber: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca ubat HIV dan malaria mampu sembuhkan pesakit COVID-19 di Facebook Oh! Media

