Petang tadi sudah pun berlangsung sidang media daripada pihak pengurusan tertinggi stesen radio Suria FM iaitu Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse selaku Pengerusi Kumpulan Star Media Radio bagi menjelaskan isu melibatkan DJ Tyzo.
BACA: “Kemenangan Di ABP Tidak Membantu…” Data Pendengar Suria Petang Kendalian DJ Tyzo Tunjukkan Penurunan
Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, DJ Lin juga akhirnya tampil bersuara beberapa hari selepas isu itu menjadi bualan ramai.
Ini kecaman terhebat pernah saya terima atas tuduhan yang Tyzo lemparkan kepada saya dalam video yang tular.
DJ Lin juga berkata yang dia tidak menyangka akan menerima kecaman teruk daripada kebanyakan netizen yang menuduhkan sebagai punca penamatan kontrak Tyzo.
Selepas dilantik sebagai Pengurus Besar Suria FM pada 2021, saya mengalas dua tanggungjawab yang besar dalam pengurusan Suria FM dan penyampai segmen Suria Cinta.
Setiap hari saya sentiasa berusaha memastikan jenama Suria FM terus unggul dan melakar kejayaan.
Sejujurnya saya sudah lali dengan kecaman kerana sebelum ini saya pernah berdepan dengan pelbagai kecaman daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa bekas penyampai.
Walaupun dikecam sejak viral video Tyzo sehingga masih menerima makian, cacian, tohmahan serta gelaran yang keterlaluan, tapi saya tidak boleh salahkan mereka 100 peratus kerana mereka tak tahu apa cerita di sebaliknya.
DJ Lin juga sempat meminta netizen untuk berhenti mengec dua anaknya. Allahu, sampai anak pun kena..
Bagi anda yang ada nilai kemanusiaan anak saya tak bersalah. Saya tiada masalah kalian nak kecam kerana tidak tahu hujung pangkal cerita, tapi jangan sentuh anak-anak saya.
Anda menghina mereka tanpa alasan yang kukuh. Mereka juga ada perasaan dan hati. Namun saya reda dan percaya apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya.
Saya juga yakin semua kata-kata yang menghentam saya sehingga ada perkataan yang tidak boleh diterima manusia saya percaya satu ketika nanti mereka akan menyedari tindakan itu. Ini kerana, kenyataan tetap kenyataan.
Saya anggap apa yang berlaku sebagai satu proses pembelajaran untuk memantapkan mental. Sekali lagi, saya tidak boleh menyalahkan netizen kerana mereka tidak tahu cerita sebaliknya. Cuma kalau nak menghukum biarlah selepas kita ketahui kenyataan yang sebenar-benarnya barulah adil.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.