Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Dua ‘Tweet’ Terakhir, Akaun Twitter Trump Telah Ditutup

E65fbf66 87c8 40e7 992f e149bec82f53

Trending

Gara-Gara Dua ‘Tweet’ Terakhir, Akaun Twitter Trump Telah Ditutup

Dengar cerita semalam akaun Twitter Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sudah ditutup oleh Twitter Inc, bagi mengelakkan dia terus cetus keganasan.

BACA: Trump Akhirnya Mengaku Kalah Dengan Biden Selepas Rusuhan

Selepas kami meneliti dengan lebih dekat beberapa Tweet yang terbaru dari akaun @realDonaldTrump dan maksud disebaliknya, kami terus menutup akaun itu bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan. – Twitter.

Semalam, Twitter ada memberitahu bahawa dua Tweet yang telah dimuat naik Trump pada hari Jumaat itu telah melanggar polisi syarikat mereka.

IKLAN
5693139b 2f6c 4a77 9a4c 03bf6830e925

Dia mendakwa bahawa penipuan dalam pilihan raya masih lagi diperdebatkan, dan Tweet tersebut telah di ‘banned’ dan tidak boleh direply, diretweet semula atau di likes kerana akan menyumbang kepada risiko keganasan.

Trump juga dilihat telah membalas Tweet pada satu video yang berdurasi satu minit, memberitahu kepada para penyokongnya untuk “pulang sekarang” dan memuji para perusuh itu dengan mengatakan yang mereka “sangat istimewa”, dia juga turut meninggalkan satu pesanan yang mendorong para pengikut untuk “mengingati hari ini selamanya.”

Disebabkan itu Twitter telah mengambil tindakan ke atas akaun Donald Trump ditambah pula dengan keganasan yang makin memuncak pada Rabu lepas.

473fe153 2108 40b3 b5ab d33eb055a4a3

Facebook Inc pula dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata mereka telah menggantung akaun Presiden Amerika Syarikat itu sehingga berakhirnya tempoh kepimimpinan beliau sebagai presiden.

Trump dijangka akan melepaskan jawatannya kepada Joe Biden pada 20 Januari tetapi sehingga kini, masih tidak ada kenyataan yang dikeluarkan oleh White House mengenai perkara itu.

F94481cc 16db 40f4 9aa5 09093c49d014

Masa mula-mula berlakunya keganasan dekat Capitol Hill sebelum ni, Twitter dah pernah gantung kejap akaun Trump, siap bagi amaran akan tutup akaun Trump kalau dia muat naik lagi ‘tweet-tweet‘ yang melanggar polisi syarikat. Tapi apa boleh buat jenis tak makan sama, haah! now akaun pun dah kena tutup, padanlah dengan muka dia.

Kredit: Astro Awani

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas