Connect with us

Oh! Media

“Cari Dosa!”, Individu Cipta Akaun Palsu Hina Agong, Tunku Azizah Mahu Tindakan Diambil Segera

552ef5ff 24f5 40c3 95bd 823333d255b5

Trending

“Cari Dosa!”, Individu Cipta Akaun Palsu Hina Agong, Tunku Azizah Mahu Tindakan Diambil Segera

“Biadab”, Itulah kata-kata yang sesuai untuk kita tujukan kepada sebuah akaun Instagram yang dipercayai dicipta untuk membuat provokasi dengan menghina insitusi diraja negara.

Akaun yang menggunakan nama sebagai ‘bukan_bangjago’ di Instagram itu telah memuat naik beberapa posting gambar ‘edit’ yang memaparkan wajah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pagi tadi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dilihat turut berkongsi semula posting yang dibuat individu tidak bertanggungjawab itu di akaun Instagram rasminya ‘airtangan_tunkuazizah’

IKLAN

Jika kamu tak boleh kalahkan mereka, sertai mereka. Saya tunjuk posting ini kepada suami dan kata pada dia bahawa dia kelihatan comel dan seksi.

Gara-gara orang tak ada kerja, buat cari dosa je kan! Kepada Allah berserah. Sila ambil tindakan. – Tulis Tunku Azizah di Insta.

Akaun itu turut memuat naik gambar wajah Yang di-Pertuan Agong yang telah di ‘edit’ pada logo restoran makanan segera popular.

Lebih mengejutkan serta mengundang kemarahan rakyat Malaysia apabila terdapat gambar Yang di-Pertuan Agong yang telah di ‘edit’ sedang memanjat sebatang pokok.

8df059d8 c6c2 4582 8c4c 90991c6343d3

Rata-rata netizen di laman Insta turut membanjiri ruangan komen akaun itu dan meminta supaya tindakan tegas segera diambil ke atas pemilik akaun palsu itu.

B9c58e58 a0f1 4cc4 a7a0 429b6afd1248
6311bed9 76fd 4015 8ae1 991fe193d01f
E4678e8b 1379 4e12 9f65 f84af565c9a7
Cfc61fa4 cd93 4da3 9396 0545232ea0b6

Memang tak ada kerja sungguh ya siapa yang buat akaun palsu ni. Mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan segera. Semoga mendapat hukuman yang setimpal!

Kredit: Tunku Azizah

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas