Beberapa hari yang lalu, tular satu video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang didera wanita berambut pink dengan menggunakan batang penyapu hanya kerana tidak mahu makan.
Video tersebut pula difahamkan dirakam oleh seorang TikToker bernama Aqil yang juga merupakan salah seorang pekerja kepada wanita tersebut.
Netizen pertikai tiktoker kongsi nombor akaun bank
Namun, terdapat segelintir netizen Twitter mempersoalkan niat baik TikToker yang dikatakan mengambil kesempatan terhadap kes penderaan kanak-kanak yang dikenali sebagai Alia itu.
Tunggang kes budak kena dera ke tu? Benda boleh update kat Twitter thread tapi promote IG pulak.
Difahamkan, ciapan ini dibuat selepas TikToker tersebut meletakkan nombor akaun banknya di Instagram.
Bukan itu sahaja, warganet turut menuduh TikToker tersebut seolah-olah mahu mendapatkan lebih ramai pengikut di platform berkenaan selepas seringkali mengemaskini segala berita terkini mengenai kes terbabit di Instagram.
Namun, setelah melakukan penyelidikan, TikToker tersebut telah memadam semula nombor akaun bank miliknya yang dikongsi di Instagram.
Jadi bualan netizen
Ciapan dibuat dauspozi itu mendapat pelbagai respon warganet. Rata-rata mereka bersetuju dengan pandangan dibuat dauspozi itu dan ada juga di antara netizen yang mengecam tindakan pengguna Twitter itu yang dianggap berburuk sangka dengan niat baik TikToker tersebut.
Bukan Aqil yang minta pun
Sekurang-kurangnya dia berani
Tapi, sekurang-kurangnya TikToker tu berani untuk bela nasib adik Alia tu. Betul tak?