Connect with us

Oh! Media

Tunang Batal Nikah 2 Bulan Sebelum Majlis, Ugut Cerai Jika Mahu Teruskan Juga

Trending

Tunang Batal Nikah 2 Bulan Sebelum Majlis, Ugut Cerai Jika Mahu Teruskan Juga

Dalam satu perhubungan, akan ada pelbagai ujian menimpa lebih-lebih lagi di fasa bertunang. Kalau tak kuat dengan ujian tu, akan ada pasangan yang memutuskan hubungan walaupun dah hampir kahwin.

ADVERTISEMENT

Seperti kisah viral di TikTok ini, seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila hasratnya untuk kahwin bulan 12 ini tak kesampaian.

Wanita ini berkata segala persiapan kahwin dah siap hanya tunggu hari untuk disatukan je. Tapi tunang akhirnya buat keputusan untuk batalkan juga majlis.

Cukup sampai di sini. 10/10/2022 tugas aku kini sudah selesai. Terima kasih dalam segala hal. Dugaan bertunang kita terlalu mencabar bagi kita. Kita tak mampu mempertahankannya. 2 bulan lagi sebelum majlis 24/12/2022. Tapi kau membuat keputusan untuk memutuskan jugak hubungan ni, walau kau tahu semua persiapan sudah pun siap tinggal menunggu hari dan bulan sahaja. Sesungguhnya jauh dari sudut hati untuk menerima kenyataan. Sakit sakit sebuah pengorbanan. Sakit lagi sebuah lakonan. Semoga ada keadilan buat diri ku.

Malah, tunangnya berkata masih belum terlambat sebab ada tempoh dua bulan lagi. Tunang juga dikatakan ugut akan cerai jika mereka teruskan juga majlis itu.

Ujarnya, minggu depan mereka sepatutnya ada shoot pre-wedding dan fitting baju kahwin pula pada bulan 11.

Sehebat mana ujian buat diriku. Belum tentu akan ada kekuatan pada diri sendiri. Persiapan sudah pun siap kad kahwin, barang hantaran dan sebagainya. Minggu depan kami ade pre-wed. Tapi terpaksa dibatalkan atas permintaan dari lelaki. Dan kami ada fitting untuk bulan 11. Tidak mengapa. Semuanya sudah tertulis jalan ceritanya bergini. Tidak mampu untuk bertahan lagi, kerana diri ini terlalu lemah dalam hal ini.

Wanita ini berharap ada keadilan buat dirinya di atas semua yang berlaku ini. Iyalah siapa yang tak sedih kan? Lagi dua bulan majlis tu..

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas