Connect with us

Oh! Media

Tular Video Pukul Seorang Lelaki, Bella Dan Geng Tukar Pengakuan Tak Bersalah!

Ohmedia bella

Trending

Tular Video Pukul Seorang Lelaki, Bella Dan Geng Tukar Pengakuan Tak Bersalah!

Bella dan tujuh lelaki didakwa semula selepas tukar pengakuan tak bersalah.

Korang ingat lagi tak kes tular seorang lelaki dipukul beramai-ramai di Pasir Gudang baru-baru ini?

Terbaru, Harian Metro melaporkan tertuduh dikenali sebagai Bella dan tujuh rakannya menukar pengakuan kepada tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi tadi.

BACA: Lelaki Kongsi Kisah Sebenar, ‘Bella’ Minta Datang Rumah Untuk Teman Tidur Sebelum Dibelasah

IKLAN

Didakwa ugut, pukul dan kurung mangsa

Tujuh lelaki yang didakwa bersama Bella adalah Muhammad Aqmal Hafifi Mustafa Kamal, Ahmad Rushdi Jumadi, Muhammad Nur Shafiq Abdullah, Muhammad Haikal Zulkarnain, Mohamad Amierul Hakim Shamsuri, Mohamad Danish Hakim Kamaruddin dan Syamsul Hamiziey Saiful Razali.

Bella
Kredit foto Najmi NorAzam

Dalam pertuduhan pertama, kesemua tertuduh didakwa memeras ugut mangsa, Muhammad Faris Syahmi, konon akan terus memukul sekiranya tidak membayar RM3,000.

Mangsa yang ketakutan akhirnya menyerahkan RM650 dan kunci motosikal kepada salah seorang tertuduh.

Bagi pertuduhan kedua pula, tujuh lelaki tersebut didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa. Namun bagi pertuduhan ini, Bella tidak terlibat.

Pertuduhan ketiga, mereka didakwa mengurung mangsa secara salah. Manakala pertuduhan keempat pula melibatkan ugutan jenayah hendak menyebabkan kematian terhadap mangsa.

Kesemua kejadian ni dikatakan berlaku antara jam 10 malam hingga 4 pagi di sebuah pangsapuri di Plentong, Masai pada 18 hingga 19 April lalu.

Tertuduh menangis lihat ahli keluarga di mahkamah

Bella

Kesemua tertuduh didakwa mengikut beberapa seksyen dalam Kanun Keseksaan antaranya Seksyen 384, 342, 506 dan 323 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Apa yang menyentuh hati, beberapa tertuduh dikatakan sebak dan menitiskan air mata melihat ahli keluarga datang memberi sokongan di mahkamah.

Difahamkan, sebelum ini Bella atau nama penuhnya Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman bersama tujuh rakan mengaku bersalah atas empat pertuduhan berat termasuk ugutan bunuh dan pemerasan.

Pssttt! Kejap bersalah, kejap tak bersalah. Yang mana satu ni? Apa-apa pun semoga mangsa mendapat keadilan sewajarnya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas