Connect with us

Oh! Media

Tular Video Pemandu Treler Rempuh 3 Kereta, Bukan Mabuk Tapi Kena Serangan Jantung?

a7fe9ffe 3dde 4d42 a856 aab64fb74004

Trending

Tular Video Pemandu Treler Rempuh 3 Kereta, Bukan Mabuk Tapi Kena Serangan Jantung?

Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan seorang lelaki yang merupakan seorang pemandu treler merempuh tiga buah kenderaan didakwa akibat mabuk.

BACA : Tular Dakwaan Zii Jia Bakal Keluar BAM? Ini Jawapan Kenny Goh

Menurut laporan Berita Harian, dakwaan seperti yang dikatakan oleh perakam dalam video berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

IKLAN
@dekkmatt24 Mabuk kepala hotak kau betine..org tu sakit..elok kau bawah lori tu betina yg rakam ni..mulut longkang#dasarkurangajar ♬ bunyi asal – Dekkmatt

Lelaki berkenaan menerima serangan jantung ketika itu. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Kejadian dikatakan berlaku di berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh, semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar.

Lelaki itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan lori dipandu hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain di bahu jalan. Pada jam 12.09 tengah hari sama, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat ‘myocardial infarction’ (serangan jantung).

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Kesian tengok, dahlah kena fitnah dengan si perakam.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas