Connect with us

Oh! Media

Tular Dakwaan Zii Jia Bakal Keluar BAM? Ini Jawapan Kenny Goh

Trending

Tular Dakwaan Zii Jia Bakal Keluar BAM? Ini Jawapan Kenny Goh

Sebut sahaja nama Lee Zii Jia, sudah pasti semua peminat sukan tempatan akan mengenali pemain badminton negara ini yang dilihat berpotensi meneruskan generasi emas Datuk Lee Chong Wei.

ADVERTISEMENT

BACA: “Wahai Olimpik Pertama, Saya Hang Lee Zii Jia Terpaksa Akur Setakat Ini Saja”

Bagaimanapun, timbul pula satu dakwaan mengaitkan pemain berseorang lelaki negara ini selepas dia dikatakan bersedia meninggalkan Persatuan Badminton Negara (BAM) dan bergerak secara profesional.

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia

Hal itu mungkin terjadi selepas pemain berusia 23 tahun itu dikaitkan dengan seseorang pihak yang sedia memberikan tajaan sebanyak RM4 juta bagi membiayai karier profesionalnya.

Tular dakwaan Zii Jia bakal bergerak secara profesional, BAM beri maklum balas

Berhubung dengan desas-desus itu, BAM telah tampil memberikan maklum balas terhadap satu spekulasi yang dilihat tidak masuk akal itu.

Menurut badan induk sukan badminton kebangsaan, pihaknya menafikan dakwaan itu selain mengakui Zii Jia sendiri tidak tahu menahu akan perkara berkenaan.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh menjelaskan bahawa spekulasi itu mengarut dan pemain tersebut sedang dalam persediaan bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Datuk Kenny Goh
Datuk Kenny Goh

Saya sudah bercakap dengan Zii Jia berhubung perkara ini. Apa yang pasti, dia langsung tidak tahu menahu mengenai khabar angin yang mendakwa dia mahu keluar daripada BAM.

Semangat serta visinya masih sama sebagai seorang pemain No.1 negara. Fokus Zii Jia tidak terganggu dan dia sentiasa meletakkan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai keutamaan.

Terdahulu, kecergasan Zii Jia pernah dipersoal ramai selepas dia bertindak menarik diri dari beberapa kejohanan sebelum ini akibat kecederaan yang dialaminya.

Ramai pihak mengakui prestasi pemain badminton negara itu mula mengalami kemerosotan selepas menjuarai kejohanan All England dan mungkin terjadi akibat berehat lama gara-gara wabak pandemik.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas