Connect with us

Oh! Media

Tular Video Pelancong Malaysia Dakwa Ditipu Hotel Di Turkiye, Pemilik Tampil Beri Penjelasan

Hotel Kes Turkiye

Trending

Tular Video Pelancong Malaysia Dakwa Ditipu Hotel Di Turkiye, Pemilik Tampil Beri Penjelasan

Sebelum ini tular di media sosial, apabila sekumpulan pelancong dari Malaysia mendakwa telah ditipu oleh sebuah hotel di Istanbul, Turkiye. Difahamkan, hotel berkenaan mengenakan caj tambahan €90 (RM400) walaupun telah melunaskan bayaran tempahan sebanyak €700 (RM3,000) bagi penginapan empat malam.

Pelancong tersebut juga mendakwa pihak hotel memberi amaran bahawa mereka tidak akan dibenarkan memasuki bilik sekiranya enggan membuat bayaran tersebut.

Situasi itu menyebabkan pelancong berkenaan berasa tertipu dan terpaksa membatalkan penginapan serta mencari hotel lain, sekali gus mengakibatkan kerugian berjumlah ribuan ringgit.

IKLAN

Plot twist! pemilik hotel muncul dakwa pelancong buat tuduhan palsu

Selepas video tersebut mendapat perhatian ramai pihak, pemilik hotel tampil menjelaskan perkara sebenar. Menerusi akaun Tiktok Snnyvzz, katanya kejadian sebenar sangat berbeza daripada naratif yang disebarkan.

Menurut pengurus hotel, tempahan asal hanya dibuat untuk dua orang tetamu, namun tujuh individu hadir untuk menginap. Pihak hotel menjelaskan secara sopan bahawa jika ingin membawa tetamu tambahan, maka mereka perlu membuat bayaran tambahan, mengikut polisi hotel dan syarat platform tempahan.

Tetamu tersebut enggan membayar, mula mengugut kakitangan kami, dan menyatakan bahawa dia akan menggunakan pengikut TikToknya untuk merosakkan perniagaan kami sekiranya kami tidak membenarkan semua orang menginap secara percuma. – Katanya

Walaupun berdepan tekanan, pihak hotel tetap mengambil pendekatan profesional dan cuba menenangkan keadaan.

Mereka turut menawarkan kompromi dengan mengurangkan caj tetamu tambahan daripada €200 kepada €90, menyediakan pengangkutan ke lapangan terbang secara percuma, serta terus melayan keluarga tersebut dengan penuh hormat. Namun, semua tawaran itu dikatakan ditolak.

Pengurus hotel turut berkata, merakam kakitangan tanpa kebenaran serta memuat naik video yang dianggap mengelirukan adalah menyalahi undang-undang di Turkiye. Selain itu, dakwaan itu juga telah menyebabkan reputasi buruk kepada hotel itu melalui ulasan palsu terutama di google review.

Turkiye1

Pengurus hotel juga memberitahu, semua insiden tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan menyeru kepada orang ramai mendapatkan maklumat sebenar dari tetamu yang pernah menginap di hotel itu.

Pssttt! Bila buat tempahan, ikutlah apa yang dipersetujui. Datang lebih, bayar lebih itu asas. Jangan jadikan ugutan media sosial sebagai senjata untuk membenarkan kesalahan kita.

Kredit: Travel Jimat
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas