Connect with us

Oh! Media

Tular Video Lelaki Dipimpin Isteri Minta Sedekah Kantoi Pura-Pura Buta

Trending

Tular Video Lelaki Dipimpin Isteri Minta Sedekah Kantoi Pura-Pura Buta

Mesti korang pernah dihadiri peminta sedekah yang buta dipimpin seorang lagi individu apabila makan disesuatu tempat kan?

ADVERTISEMENT

BACA : Tular Video Honda City ‘Mengamuk’, Pemandu Wanita Kena Tibai Dengan Orang Awam

Kita pun dengan rasa ikhlas hati hulurkanlah sedikit sumbangan bagi mempermudahkan urusan individu berkenaan tapi berbeza pula situasi dengan video di Tiktok ini.

Menerusi video yang dimuatnaik @wansitisarah11, terdapat seorang lelaki buta yang dipimpin seorang wanita rupanya pura-pura buta untuk minta simpati orang awam.

@wansitisarah11 Dh mcm trend cepat kaya plak 🕵🏻‍♂️🕵🏻#viral2022 ♬ Mission Impossible (Main Theme) – Favorite Movie Songs

Dah macam trend cepat kaya pulak.

Lepas jer selesai minta sedekah dari satu tempat ke satu tempat, kelihatan yang mereka ingin menaiki sebuah kereta. Dekat situ nampaklah yang macam lelaki tu tak buta. Apa pandangan korang?

Macam-macam helah zaman sekarang ni nak duit punya pasal, tu pun kalau betul yang dia tak buta lah. Apa sekalipun, cubalah untuk mencari rezeki yang halal, bukan cara dengan menipu orang.

Kredit: Tiktok @wansitisarah11

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas