Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah tampil menafikan dakwaan yang anaknya itu sudah kembali berbaik dengan bekas isteri, Bella Astillah.
Menerusi Instagram, Hafizah memuat naik satu screenshot yang menunjukkan sebuah berita yang menyebarkan khabar angin kononnya hubungan Aliff dan Bella sudah pulih kembali.
Kalau korang tengok berita itu terdapat gambar Aliff dan Bella beserta kapsyen yang mengatakan Aliff berjanji untuk tidak menyakiti hati Bella.
Gambar Bella dan Aliff, hari ini mereka sudah berbaik. Aliff berjanji tidak akan buat Bella sakit hati.
Ibu Aliff Aziz tegaskan ianya fitnah
Hafiza menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ianya adalah fitnah serta berasa kecewanya terhadap khabar angin yang tidak benar itu.
Alhamdulillah, terima kasih di atas fitnah ini. Semoga anda sentiasa dalam rahmah dan baraqah Allah.
Untuk info, Aliff dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan telah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun tahun lalu.
Sebelum ini, mereka juga pernah berpisah pada 16 Mei 2019 namun rujuk semula dalam tempoh idah. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
#OhmediaNasihat
Dalam era di mana maklumat mudah tersebar, penting untuk kita memeriksa kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya. Fitnah bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang difitnah, tetapi juga mengganggu emosi dan mental orang lain.
Ingatlah, kata-kata kita mampu membawa kebaikan atau keburukan. Jadi, lebih baik elakkan daripada menyebarkan berita yang belum tentu benar, demi menjaga keharmonian hidup bersama.