Connect with us

Oh! Media

Tular Kenyataan Seremban Di Selangor, Pembantu Penerbit Rancangan Akui Tersalah Taip

Trending

Tular Kenyataan Seremban Di Selangor, Pembantu Penerbit Rancangan Akui Tersalah Taip

Belum pudar lagi kejadian yang mana Nilai 3 terletak dalam Selangor, kini timbul pula kes yang mana sebuah rancangan TV memaparkan kenyataan yang mana daerah dalam Negeri Sembilan, Seremban terletak di Selangor.

ADVERTISEMENT

Kenyataan Seremban terletak di Selangor yang dipaparkan dalam sebuah rancangan televisyen bertajuk Anda Musykil yang bersiaran secara langsung di TV1 dilaporkan ekoran kesalahan pembantu penerbit ketika menaip informasi itu.

Difahamkan bahawa kesalahan yang dilakukan semasa rancangan tersebut disiar secara langsung itu adalah dengan secara tidak sengaja dan tanpa sebarang niat

Menurut laporan Kosmo, pembantu penerbit rancangan terbabit menerima informasi tersebut secara langsung sebelum memasukkanya ke dalam sistem untuk disiarkan di kaca televisyen.

Panggilan itu secara langsung, pembantu penerbit yang menjawab dan menaipnya. Semua pihak yang terlibat di dalam konti tidak perasan kesalahan itu.

Terdahulu, satu surat rasmi kerajaan turut mencetuskan persoalan orang ramai apabila kawasan Labu yang terletak di Negeri Sembilan dinamakan sebagai sebahagian daripada negeri Selangor.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas