Connect with us

Oh! Media

Tular Kempen Kibar Bendera Hitam, PDRM Buka Kertas Siasatan

bendera hitam

Trending

Tular Kempen Kibar Bendera Hitam, PDRM Buka Kertas Siasatan

Jika sebelum ini rakyat dihangatkan dengan kempen kibaran bendera putih bagi meminta bantuan keperluan serta kempen bendera merah bagi meminta bantuan untuk haiwan peliharaan, kini tular pula sebuah kempen kibar bendera hitam untuk menandakan rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.

BACA: Selepas Bendera Putih, Kini Kempen Kibar Bendera Merah Dilancarkan

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan kibaran bendera hitam sebagai tanda kekecewaan rakyat terhadap kerajaan dan menyeru kepada rakyat untuk mengibarkan bendera tersebut di hadapan rumah, kedai atau mana-mana lokasi.

IKLAN

Bukan itu sahaja, masyarakat juga turut diminta untuk mengambil gambar dan memuat naiknya secara serentak pada pukul 3 petang hari ini di media sosial masing-masing dengan menggunakan tanda pagar #Lawan bagi menyokong kempen tersebut.

Menurut laporan Kosmo, akibat daripada tularnya kempen tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka siasatan berhubung kempen kibar bendera hitam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, satu kertas siasatan berhubung perkara itu telah dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

katanya, pihak polis sedang mengesan pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen ini untuk memberikan keterangan.

Setakat ini kami belum memanggil mana-mana individu untuk dirakamkan keterangan memandangkan ia masih baru dan pihak polis sedang mengesan mereka yang terlibat dengan kempen ini.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas