Connect with us

Oh! Media

Tular Gambar Retakan Di Glass Water Slide i-City, Pengurusan Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Ohmedia copy of Untitled Design 77

Trending

Tular Gambar Retakan Di Glass Water Slide i-City, Pengurusan Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Taman tema i-City telah membuka ‘Glass Water Slide’ yang pertama di Malaysia. Satu permainan baru yang penuh dengan adrenalin, untuk keseronokkan para pengunjung yang terletak di SkyCity Tower, Shah Alam.

Namun, selepas pembukaan banyak persoalan timbul di media sosial berkenaan tahap keselamatan permainan tersebut.

Rata-rata pengguna meluahkan rasa bimbang, terutama selepas gambar dan video yang didakwa menunjukkan keretakan pada gelongsor kaca itu mula tular.

IKLAN

Pengurusan jawab, ramai salah faham sebenarnya

Copy of Untitled Design 78

Menerusi hantaran terbaru di platform rasmi TikTok i-City Malaysia, mereka menjelaskan bahawa dakwaan keretakan pada gelongsor kaca itu adalah tidak benar.

Pihak i-City berkata, apa yang kelihatan sebenarnya hanyalah kabel pencahayaan yang dipasang di tepi penghadang gelongsor tersebut.

Kami sentiasa mengutamakan keselamatan anda dan melakukan penyelenggaraan serta pemeriksaan harian sebelum membenarkan anda bermain gelongsor ini.-Katanya

Gelongsor kaca air ini berdiri dengan megah pada ketinggian 60 meter dan menawarkan pengalaman meluncur sejauh 600 meter. Harga tiket untuk mencuba permainan ini adalah RM45 bagi dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak.

Permainan ini juga tidak digalakkan untuk orang yang mempunyai sakit jantung, fobia ketinggian atau sebarang masalah kesihatan serius yang boleh membahayakan diri semasa meluncur.

#OhmediaNasihat

Sebagai pengguna media sosial, kita harus menyemak dahulu kesahihan maklumat sebelum mempercayainya.

Selain itu, elakkan menyebarkan berita palsu seperti ini yang boleh mencetuskan kebimbangan atau salah faham orang ramai.

Ohmedia copy of Untitled Design 77

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Tiktok i-City Malaysia


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas