Connect with us

Oh! Media

Tular Dua Lagi Video Promosi Judi Online

472bb57a fe39 4437 a95a 45901b324264

Trending

Tular Dua Lagi Video Promosi Judi Online

Dua lagi video promosi judi atas talian dikesan! Dengan laporan polis yang dibuat, polis menahan tiga lagi individu yang terbabit dalam video promosi judi yang berdurasi 48 saat dan 30 saat semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengatakan bahawa dua perempuan dan seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 42 tahun ditahan dan direman hari ini bagi membantu siasatan.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi video terbabit.

Perbuatan sedemikian bukan sahaja salah di sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan keresahan dan kegusaran awam.

Beliau juga berkata yang tindakan tegas akan diambil dan pihak polis tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti judi dan pembikinan video sedemikian.

IKLAN

Perkara ini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas