Connect with us

Oh! Media

“Selalu Tengok Video Ustaz Di FB”, Hasrat Tujuh Sekeluarga Tercapai Selepas Jumpa Ebit Lew

Trending

“Selalu Tengok Video Ustaz Di FB”, Hasrat Tujuh Sekeluarga Tercapai Selepas Jumpa Ebit Lew

Siapa je yang tak kenal dengan insan yang bernama Ebit Lew? Sememangnya salah seorang insan yang dikagumi oleh seluruh rakyat Malaysia kerana pendekatan dakwahnya menerusi kerja-kerja kebajikan tanpa mengira kaum dan agama.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini pendakwah bebas ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia dikatakan telah membantu tujuh sekeluarga berbangsa Cina untuk memeluk Islam.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ustaz Ebit ada berkongsi kisah yang terjadi semasa dia berkunjung ke sebuah gerai buah-buahan yang terletak di Medan Gopeng, Ipoh pada Selasa lepas.

Sebak sayu ziarah sekeluarga Chinese peniaga buah di Medan Gopeng memeluk Islam. Tujuh orang semuanya mengucap syahadah. Sampai je semua anaknya rakam video saya sepanjang di situ.

Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. 

Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang. – Tulis Ebit Lew.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Ustaz Ebit membantu mereka yang berminat untuk memeluk Islam selepas mereka tertarik dengan kerja kebajikan yang dilakukan.

Tambah Ustaz Ebit, dia kagum dengan anak-anak kepada pasangan itu yang bukan saja rajin dan bijak, malah mereka juga mempunyai cita-cita untuk membantu golongan memerlukan seperti yang dilakukannya ketika ini.

Anak 11 tahun kata, ustaz bagi saya nasihat saya nak jadi macam ustaz. Nak jadi hero. Doakan saya ye. Nak ambil gambar dengan ustaz. Ulang kali dia mintak nak bergambar.

Saya kagum lihat kerajinan mak ayah. Anaknya semua rajin. Yang 11 tahun. Yang tujuh tahun semua pandai kira. Saya beli buah. Semua ambil dan boleh kira congak je. Kakak bantu jaga adik-adik. Hebat mak ayah ini. – Tulisnya lagi.

Gembira dipertemukan dengan keluarga itu, Ustaz Ebit turut menghadiahkan basikal kepada anak-anak pasangan berkenaan yang sebelum ini pernah berangan mahu memilikinya.

Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat. Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya raya dunia akhirat. – Tulis Ebit Lew.

Sehingga kini posting Ustaz Ebit itu telah meraih lebih daripada 1,000 shares selain dibanjiri dengan ribuan komen netizen yang turut sama gembira di atas penghijrahan keluarga itu.

MasyaAllah Tabarakallah. Tahniah untuk mereka semua. Ya Allah, kurniakanlah segala kebaikan dan keberkatan buat keluarga ini dan Ustaz Ebit Lew.

Menitik air mata tak tahu kenapa… sebak dengan pengorbanan dan usaha ustaz asbab orang bukan Islam kembali kepada fitrah. – Tulis beberapa netizen di ruangan komen.

Amalan menunjuk kepada kebaikan ni merupakan amalan yang boleh dirasai oleh orang lain dan lebih besar manfaatnya. Kepada ustaz Ebit, teruskan berdakwah dengan lebih banyak video. Apapun, syukur hasrat mereka akhirnya tercapai. Terima kasih ustaz Ebit!

Kredit: Ebit Lew

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas