Connect with us

Oh! Media

Tuan Meninggal Dunia, Kucing Setia Menunggu Di Tepi Kubur

kubur

Trending

Tuan Meninggal Dunia, Kucing Setia Menunggu Di Tepi Kubur

Kisah yang dikongsi oleh Prof. Dr. Solehah Yaacob di Facebooknya telah menggamit rasa sedih para pembaca berkaitan dengan kucing yang dipelihara oleh ayahandanya yang setia menunggu di tepi kubur.

ADVERTISEMENT

BACA: “Maafkan Ummi Sayang” – Wanita Sebak Terpaksa Tinggalkan Kucing, Netizen Luah Rasa Sedih

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling digemari oleh orang ramai. Banyak kisah-kisah lucu dan juga sedih yang dikongsikan oleh pencinta kucing yang membela haiwan tersebut di kediaman masing-masing.

Amalkan bagi kucing makan ikan rebus tiada tulang

kubur

Menurut Dr. Solehah, kucing tersebut sebelum ini dipelihara oleh ayahandanya, Ustaz Yaacob Ismail.

Selepas Ustaz Yaacob meninggal dunia, kucing yang dipeliharanya itu sentiasa menunggu di tepi kubur ayahnya.

Antara amalan yang arwah amalkan bila bagi kucing makan ikan rebus, arwah selalu buang dulu tulang, ikan yang bersih dari tulang saja yang diberi makan kepada kucingnya.

Beliau juga berpesan di posting tersebut untuk sentiasa berbuat baik dengan makhluk Allah. Katanya, kita tidak tahu, mungkin makhluk yang kita pelihara itu akan sentiasa mendoakan kita selepas kita meninggal dunia suatu hari nanti.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas