Tercari-cari lokasi lepak paling hype di KL? Asyik tempat sama je, mesti bosan kan? Ini lokasi wajib pergi yang korang kena check out dengan kawan dan family lepas ni.
Jom teroka apa yang ada di TUAH 1895 & The Labs @ Bukit Bintang City Center:
Ministry of Crab
Bagi penggemar menu ketam, memang kena try restoran Sri Lanka ini. Mereka menghidangkan sajian makanan laut mengkhusus ketam.
Restoran ini cukup dikenali di Maldives, India, Singapura, Thailand dan China.
As I Am
Chef popular dari negara Gajah Putih, Chef Ton membawakan pengalaman kulinari dengan makanan tradisional Thailand.
Chef Kecik
Bagi pengikut di laman sosialnya pasti teruja untuk menikmati sendiri keenakan roti, kek dan pastri gabungan moden oleh Chef Kecik.
Pak Tok
Bayangkan kombinasi masakan tradisi Melayu + Peranakan dalam satu hidangan. Kekayaan warisan yang patut dihargai dan dinikmati.
Hock Kee Kopitiam
Siapa yang boleh menolak untuk menu kopitiam? Semestinya kegemaran ramai. Dari kopi sampai roti bakar, resepi asli turun-temurun.
MORPH by Kamileon
Pernah tak rasa segan atau malu walaupun bersemangat untuk bersenam? Tidak lagi dengan MORPH by Kamileon yang menawarkan gym peribadi dan ruang studio.
Apa yang menarik, pusat kecergasan ini membawakan microformer pilates yang menjadikan yang pertama menawarkannya di Kuala Lumpur.
The Labs rancakkan suasana
Hub hiburan Bukit Bintang City Centre kini dijenamakan sebagai The Labs. Lokasi ini menawarkan pelbagai jenis hiburan dan edutainment termasuk GSC, Zepp Kuala Lumpur, serta Andaman Grand Ballroom Kuala Lumpur.
Muzium seni imersif, Immersify KL
Yang paling dinanti-nantikan, Immersify KL adalah muzium pop-up seakan yang didapati di luar negara seperti muzium imersif Van Gogh.
Selepas kajian teliti, pembangun sepakat memilih operator dari Korea Selatan namun diberikan nafas tempatan dari segi kesenian dan alam.
Untuk tidak ketinggalan update semasa, jangan ketinggalan follow mereka di media sosial berikut: