Trending
Tragedi Water Rafting Sungai Kampar: 3 Peserta JKR Lemas Dihanyutkan Arus Deras
Di Sungai Kampar, Gopeng Perak, tiga peserta aktiviti ‘water rafting’ kehilangan nyawa selepas dihanyutkan arus deras.
Harian Metro melaporkan, mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan sebahagian daripada 22 peserta team building dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah dan Langkawi.
Peserta kursus pengukuhan kerja berpasukan itu dipercayai menjalani aktiviti ditemani enam pemandu pelancong.
3 lemas dihanyutkan arus deras

Aktiviti ‘rafting’ dilaporkan bermula sekitar jam 3.30 petang dengan jarak perjalanan sepanjang enam kilometer menyusuri sungai.
Namun, mangsa dihanyutkan arus di selepas empat kilometer menyusuri sungai.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.56 petang.
Sejurus laporan, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng segera dikejarkan ke lokasi kejadian.
Setibanya di tempat kejadian, tiga mangsa terbabit sudah dinaikkan orang awam ke tebing sungai.
Masing-masing seorang lelaki dan wanita dinaikkan dekat sebuah tapak perkhemahan. Manakala, seorang lagi mangsa lelaki dinaikkan di sebuah lagi tapak perkhemahan.
Ketiga-tiga mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro | Astro Awani
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM