
Trending
Tragedi FRU: 9 Terkorban, Polis Panggil 60 Individu Bantu Siasatan
Susulan tragedi menyayat hati yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), pihak polis akan memanggil lebih 60 individu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
Menurut laporan Sinar Harian, siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk kecuaian manusia, isu teknikal dan faktor persekitaran dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Dr Bakri Zainal Abidin.
Pemandu lori direman, polis mahu siasatan tidak berat sebelah

Antara individu yang akan dipanggil termasuklah pemilik syarikat lori serta anggota FRU yang berada di lokasi kejadian. Pemandu lori berusia 45 tahun kini direman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kita mahu pastikan siasatan tidak berat sebelah. Semua sudut akan diteliti.
Anggota FRU cedera masih dirawat

Seorang anggota FRU kini dalam keadaan kritikal di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh selepas mengalami pendarahan dalaman dan cedera parah di kepala serta abdomen. Lapan lagi masih dirawat di Hospital Teluk Intan.
Imbas kembali tragedi hitam

Kemalangan berlaku pada jam 8.50 pagi, Selasa, apabila trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 bertembung dengan lori bermuatan batu ketika dalam perjalanan pulang dari tugas kawalan sempena perayaan Chitrapournami.
Tragedi itu meragut 9 nyawa, mencederakany 2 anggota parah dan 7 lagi cedera.
Pssttt! Setiap nyawa yang terkorban meninggalkan luka buat seluruh negara. Hormati jalan raya, patuhi undang-undang. Nyawa bukan untuk digadai.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
