Connect with us

Oh! Media

Tragedi Banjir Kelantan: Ibu Diserang Angin Ahmar Menyusul Sehari Selepas Pemergian Anak

Ohmedia ibu Anak Meninggal Dunia

Trending

Tragedi Banjir Kelantan: Ibu Diserang Angin Ahmar Menyusul Sehari Selepas Pemergian Anak

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Gual To’Deh, Rantau Panjang Kelantan.

Sehari selepas pemergian Nur Iezarra, ibunya Yusnieta Mohd Lawi yang diserang angin ahmar pula menyusul ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu.

Ibu menyusul sehari selepas pemergian anak

Ibu
Foto Harian Metro

Adik ipar Yusnieta, Norshazlina Jantan dalam laporan Harian Metro berkata, keluarga mereka sedang dalam keresahan sejak Yusnieta dikejarkan ke hospital akibat serangan angin ahmar.

IKLAN

Jelasnya lagi, akibat terperangkap banjir mereka sekeluarga tidak dapat menziarahi Yusnieta di hospital.

Nur Iezarra ditemukan dalam keadaan tertiarap, ibu diserang angin ahmar

Banjir

Difahamkan, hanya suami arwah, Abd Talib Abdullah bersama anak sulung, Muhammad Denish berada di hospital .

Luluh hati kami kerana kehilangan dua ahli keluarga serentak dan kami semua masih terkejut dengan apa yang terjadi, tambahan pula arwah Nur Iezarra adalah anak yang sangat baik begitu juga dengan Yusnieta yang sentiasa membantu keluarga.

Norshazlina berkata lagi, jenazah Nur Iezarra baru sahaja selesai dikebumikan dan mereka kini menunggu kepulangan jenazah Yusnieta untuk dikebumikan di lokasi sama.

Menurutnya, Nur Iezarra pernah mengalami serangan sawan, manakala Yusnieta mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.

Banjir

Sementara itu, Muhammad Denish Alfi Abd Talib menemui adiknya dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di rumah.

Dia cuba mengangkat adiknya tetapi mendapati badan Iezarra sudah mengeras. Denish terus mengejutkan ibunya yang disangkakan sedang tidur.

Namun, rupa-rupanya ibu terkena serangan angin ahmar apabila ibu tidak dapat bergerak dan tangan kirinya lembik.

Ohmedia ibu Anak Meninggal Dunia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas