Trending
“Tolong Cari Couple Haram Tak Guna Ni” – Riena Diana Tunjuk Bukti CCTV, Minta Penyeluk Saku Serah Diri
Pada
Oleh
Pelakon Riena Diana baru-baru ini telah membuat satu hantaran di Instagram memaklumkan barangan berharga milik ibu saudaranya telah dicuri.
Riena meminta pertolongan orang ramai untuk mengesan dua individu yang didakwa telah melakukan perkara itu.
Difahamkan kejadian tersebut telah berlaku ketika ibu saudaranya sedang membeli belah di Times Square, Kuala Lumpur.
Kau cari pasal dengan keluarga aku, itu bermakna kau cari pasal dengan aku.
Kejadian ini berlaku di Times Square Bukit Bintang. Tolong bantu saya cari pasangan haram tak guna ni.
Penyeluk saku yang curi duit dan gelang ibu saudara saya.
Riena juga telah berkongsi gambar yang dipercayai pelaku. Gambar tersebut telah diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Pelakon drama Salju Di Bumi Aukland itu berkata dia akan menarik laporan polis jika pelaku meyerahkan semula semua barangan berharga tersebut.
Siapa yang dapat, maklumkan kepada saya. Selain duit, ada gelang yang Auntie Riena sayang sangat pemberian dari orang. Saya minta tolong semua kalau sesiapa yang kenal, tolong bagitahu.
Jika anda (pelaku) membaca ini, tampil ke depan dan pulangkan barang itu. Kita tarik report. Minta jasa baik semua untuk share sampai dapat jumpa pelaku ni.
Rata-rata warga maya turut mendoakan agar barangan tersebut dijumpai dan semoga urusan Riena dan ibu saudaranya dipermudahkan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram @rienadiana_
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Seorang kerabat Diraja Terengganu mendakwa kehilangan RM1.985 juta daripada dua akaun bank miliknya sehingga hanya berbaki...
Yusof Haslam memaafkan Tisha Shamshir susulan kontroversi kes dadah, namun kemunculannya semula dalam Gerak Khas 2.0...
Seorang guru wanita mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan cuai selepas didakwa melanggar dua pelajar di...
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan Jep Sepahtu berkongsi...
Fazley Yaakob menafikan sudah berkahwin atau bertunang dengan Datuk Seri Vida, namun mengakui mereka mempunyai hasrat...