Connect with us

Oh! Media

Trending

Buat Open House Tapi Ramai Tak Datang, Lelaki Ini Kecewa Makanan Membazir

Selepas dua tahun ‘berkurung’ disebabkan pandemik, tahun ini umat Islam di Malaysia akhirnya dapat beraya dengan keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Sambutan hari raya disambut meriah dan ramai yang berbesar hati berkongsi rezeki dengan menganjurkan rumah terbuka.

IKLAN

BACA: (Video) Lelaki Ini Tinggalkan Awek Masa Dating Sebab Geram Selalu Bazir Makanan

Namun lain pula cerita bagi lelaki ini apabila berlaku pembaziran disebabkan ramai tetamu tidak hadir. Menerusi perkongsian video di TikTok, lelaki ini menunjukkan satu periuk berisi kuah laksa yang masih banyak. Kuah laksa itu dikatakan sudah basi keesokan harinya.

Itu kuah laksa yang kita jemput orang tak datang. Tak ramai mana pun kita jemput dalam 100-200 orang ja. Tapi yang datang semalam tak sampai pun 50.

Selain kuah, lelaki ini menunjukkan laksa di dalam plastik yang tidak habis digunakan. Bukan itu sahaja, dia sebagai tuan rumah menyediakan ayam perap untuk para tetamu. Ada 3 bekas ayam belum dibakar masih tersimpan di dalam peti sejuk.

Lelaki ini memberi peringatan kepada para jemputan supaya memaklumkan kepada tuan rumah sama ada dapat datang atau pun tidak untuk mengelakkan pembaziran berlaku.

Lepas ni kalau orang buat mana-mana tolong bagitahu tuan rumah anda boleh ke tak boleh datang. Minta maaf saya tak boleh datang.

Jangan aniaya tuan rumah. Orang bagi makan kena ingat 2020-2021, kita tak pergi mana. Raya pun tak boleh. So kita ada rezeki lebih Allah bagi kita nak belanja nak bagi sedara makan.

Ini yang kita dapat 2022 makanan berlebih-lebihan. So daripada niat nak bagi sedekah dah jadi pembaziran. Pembaziran tu amalan syaitan siapa nak tanggung?

Katanya, tuan rumah buat rumah terbuka dengan niat berkongsi rezeki tetapi pembaziran pula yang berlaku. Selain wang ringgit, tuan rumah telah berkorban masa dan tenaga untuk meraikan jemputan.

Setakat ini perkongsian di TikTok telah mendapat lebih 500,000 tontonan dan 2,000 komen. Pelbagai reaksi yang diberikan netizen berhubung isu ini.

Kredit: TikTok @john_riz470

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas