Connect with us

Oh! Media

Tok Singa Dan 3 Perawat Tradisional Dijatuhkan Hukuman Penjara 3 Tahun

Ohmedia tok singa dipenjara

Oh! Tidak

Tok Singa Dan 3 Perawat Tradisional Dijatuhkan Hukuman Penjara 3 Tahun

Tok Singa yang terkenal dengan rawatan traditional dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun.

Apa jadi bila rawatan bertukar jadi tragedi? Empat pengamal perubatan tradisional didapati bersalah membelasah seorang pensyarah sehingga mangsa hilang penglihatan kekal pada mata kiri.

Insiden berlaku empat tahun lalu di sebuah rumah tumpangan di Jalan Sultan Yahya Petra, kira-kira jam 4 pagi, 5 Ogos 2021.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas keempat-empat tertuduh selepas menolak pembelaan mereka.

IKLAN

Mahkamah mendapati pembelaan keempat-empat tertuduh adalah penafian semata-mata. Maka semua tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun berkuat kuasa hari ini.- Kata Hakim Mohd Zul Zaqikudin Zulkifli.

Dua tertuduh utama dikenali sebagai Tok Singa dan Wea Selamos, masing-masing berusia 37 tahun. Nama sebenar mereka ialah Muhammad Firdaus Mohd Adnan dan Mohd Shamsul Izwan Midin.

Dua lagi ialah Idrees Ishak, 46, dan Mohd Eric Mohd Ramli, 39, semuanya bekerja sebagai perawat tradisional.

Tok Singa didakwa cederakan mangsa hingga buta…

Mengikut pertuduhan, mereka sengaja mencederakan Ahmad Shahrill ‘Ariff Zainol, 43, sehingga menyebabkan kecederaan parah pada mata kiri mangsa.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Peguam tertuduh, Mohd Azrul Hasyimi Mohamad mendakwa insiden berlaku kerana semua tertuduh tidak bersetuju dengan kaedah rawatan yang dikatakan tidak selari dengan ajaran Islam.

Semua tertuduh adalah perawat tradisional yang cuba membantu masyarakat, namun mangsa dikatakan mengamalkan kaedah rawatan tidak selari dengan Islam.- Katanya.

Dibenar tangguh hukuman dengan ikat jamin…

Semua tertuduh telah memohon penangguhan hukuman untuk kemukakan rayuan. Mahkamah membenarkan penangguhan dengan syarat jaminan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 setiap seorang.

Keempat-empat mereka dibebaskan buat sementara selepas membayar jaminan.

Pssttt! Perubatan tradisional ada tempatnya dalam masyarakat kita, tapi bila sampai tahap mencederakan orang kerana perbezaan pandangan, itu bukan lagi rawatan — itu jenayah. Hormat dalam perbezaan dan salurkan perbalahan secara sah, bukan dengan kekerasan. Semoga kes ini jadi pengajaran kepada semua pihak.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas