Connect with us

Oh! Media

TMJ Sudah Berunding Beli Saham Man United

698bb11c 77ad 498e 927f df3955e25305

Trending

TMJ Sudah Berunding Beli Saham Man United

Sebelum ini Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan telah berjaya menggemparkan arena bola sepak tempatan apabila baginda dengan secara terbukanya telah menyatakan keinginan untuk membeli Valencia FC. 

BACA: Tunku Mahkota Johor Jadi Beli Pasukan Valencia?

Selepas saja bercadang untuk mengambil alih Valencia FC, kini Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan telah berkira-kira pula untuk memiliki sebahagian daripada pegangan saham dalam kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United.

IKLAN

Menerusi sesi soal jawab di laman Instagram Tunku Ismail kelmarin, baginda telah menyatakan minatnya itu selepas melakukan perbincangan bersama kelab tersohor itu.

Menurut baginda, beliau sentiasa terbuka untuk meneroka peluang-peluang baru yang berpotensi terutama di Eropah.

Saya baru ada perbincangan minggu lalu mengenai perkara itu. Hanya pegangan kecil. Walaupun kelab besar. Seperti saya katakan, saya terbuka untuk apa saja peluang. – Katanya.

Malah, ketika diminta mengulas mengenai prestasi skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer musim ini, beliau mengakui belum cukup bagus.

Tidak cukup bagus. Ed Woodward (naib pengerusi eksekutif kelab) harus digantikan dengan saya.

Sementara itu, Tunku Ismail juga turut berkongsi perkembangannya mengenai perbincangan untuk memiliki pegangan dalam Valencia FC.

Selamat ulang tahun Valencia. Ya, ada perbincangan dengan pemilik (Valencia) untuk saya memiliki pegangan dalam kelab itu.

Tapi ia tertangguh kerana kerumitan dan beberapa isu yang perlu diselesaikan. – Katanya.

Kredit: Harian Metro

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas