Connect with us

Oh! Media

Tipu Pakej Haji: Pemilik Syarikat Pelancongan Dan 4 Individu Lagi Ditahan

tipu pakej haji

Trending

Tipu Pakej Haji: Pemilik Syarikat Pelancongan Dan 4 Individu Lagi Ditahan

Isu penipuan dalam pakej haji bukanlah sesuatu yang baru selepas sebelum ini sudah ramai yang terkena. Tahun ini, perkara sama berlaku selepas lebih kurang 400 orang jemaah terkandas dan tidak dapat terbang ke tanah suci.

ADVERTISEMENT

BACA: “Terkesan Orang Panggil Kami Scammer”- Agensi Mohon Maaf, Dakwa Sudah Usaha Terbangkan Jemaah

Terkini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan telah membuat penangkapan. Lima individu termasuk pemilik sebuah syarikat pelancongan telah diberkas di sekitar ibu negara dan KLIA.

23 laporan polis telah diterima

Penangkapan ini dilakukan petang Jumaat semalam bagi siasatan kes bakal jemaah haji disyaki menjadi mangsa penipuan.

Lima tangkapan ini terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita termasuk seorang pemilik syarikat pelancongan itu dan ejen.

Setakat ini, terdapat 23 laporan polis diterima di seluruh Kuala Lumpur melibatkan kerugian kira-kira RM760,000. – Katanya.

Kejadian seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Semoga nasib bakal jemaah haji yang ditimpa ujian ini dapat dibela.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas