Connect with us

Oh! Media

Tipu Jual Beli PS5, Graduan Farmasi Akhirnya Diheret Ke Mahkamah

playstation 5

Trending

Tipu Jual Beli PS5, Graduan Farmasi Akhirnya Diheret Ke Mahkamah

Sejak beberapa bulan lalu kecoh dalam komuniti permainan video apabila ada seorang lelaki menipu dalam urusan jual beli PlayStation 5. Pembeli yang membuat tempahan awal dengan suspek akhirnya sedar ditipu.

ADVERTISEMENT

Akibat dari itu, tujuh orang individu telah tampil membuat laporan polis dengan kerugian RM30,608 tahun lalu. Pihak polis kemudian berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki yang juga merupakan graduan jurusan farmasi untuk disiasat.

Tertuduh, Bryan Tan Pei Er yang baru berusia 24 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan dua mahkamah berbeza.

Minta mangsa bayar RM10,230 untuk dapatkan PS5 Disc Version

Pertuduhan pertama hingga keempat melibatkan empat individu yang terperdaya dengan tertuduh untuk membayar RM10,230. Tertuduh mendakwa dia akan memberikan PS5 Disc Version walaupun menyedari dia tidak memiliki permainan konsol terbabit. Tertuduh menggunakan akaun miliknya dan ibunya untuk meminta mangsa melakukan bayaran.

Pertuduhan seterusnya melibatkan jual beli patung Bearbrick. Tertuduh memperdaya seorang individu untuk menyerahkan wang RM68,800 ke akaun miliknya dan ibunya sedangkan tertuduh sedar dia tidak memiliki patung tersebut.

Semua pertuduhan ini boleh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika bersalah boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun. Pesalah juga akan terima hukuman sebatan dan denda.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM16,500

Prosiding sebelum ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ngoh Jess Lyn dan G.Phulrani kaur. Tertuduh pula tidak diwakili mana-mana peguam. Sebutan semula kes ditetapkan pada 3 dan 4 Mac 2022 ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas