Connect with us

Oh! Media

Scammer Guna QR Palsu Ambil Kesempatan Atas Mangsa Kemalangan UPSI

Ohmedia scammer Qr

Trending

Scammer Guna QR Palsu Ambil Kesempatan Atas Mangsa Kemalangan UPSI

Keluarga arwah Fatin Nasrien terpalit pula dengan penipuan derma palsu selepas kemalangan UPSI. Orang ramai diminta lebih berhati-hati.

Baru-baru ini tular insiden menyayat hati yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

BACA: Tragedi UPSI: 15 Pelajar Maut, Tabung Prihatin KPT Kumpul RM1.7 Juta Dalam Seminggu!

Salah seorang mangsa, Allahyarham Fatin Nasrien rupa-rupanya harapan keluarga yang datang dari keluarga yang susah.

IKLAN

Menerusi perkongsian tular sebelum ini, ayah allahyarham Fatin terpaksa meminjam kereta Tok Penghulu untuk menuntut jenazah anak di hospital.

Scammer ambil kesempatan letak QR palsu

Scammer Palsu

Tak cukup dengan itu, keluarga ini sekali lagi berdepan ujian apabila diambil kesempatan oleh scammer.

Dalam satu perkongsian di Facebook oleh individu yang rapat dengan keluarga arwah, difahamkan bahawa akaun derma asal milik ibu bapa Fatin telah digantikan dengan akaun palsu milik scammer.

Bukan itu sahaja, penipu terbabit siap letak QR code palsu, menyebabkan sumbangan yang niatnya ikhlas tak sampai pun ke tangan keluarga sebenar.

Akaun bank pernah dihadkan sebab terlalu ramai hulur bantuan

Upsi

Sebelum ini, sumbangan orang ramai kepada keluarga arwah melonjak naik sehingga pihak bank terpaksa mengehadkan jumlah dana masuk ke akaun.

Tapi kini, akaun milik ibu dan ayah arwah Fatin dilaporkan kembali beroperasi seperti biasa.

Pssttt! Harap orang ramai lebih berhati-hati bila nak salurkan bantuan, pastikan nombor akaun betul dan disahkan sahih.

Kredit: Facebook Ahmad Nazrul
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas