Connect with us

Oh! Media

Tindakan Tegas Diperlukan, Haramkan GISBH Jika Terbukti Benar Kata Dr Muhmad Akmal

Ohmedia dr muhmad akmal gisbh

Trending

Tindakan Tegas Diperlukan, Haramkan GISBH Jika Terbukti Benar Kata Dr Muhmad Akmal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhmad Akmal Saleh menggesa agar Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) diharamkan jika benar terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak.

Pertubuhan itu dikaitkan dengan laporan mengejutkan yang mendakwa penghuni rumah amal, berusia 1 hingga 17 tahun, diajar untuk meliwat dan diliwat.

Dalam hantaran di Facebook, Akmal menegaskan bahawa pihak berkuasa perlu bertindak tegas dan menjatuhkan hukuman paling berat terhadap pelaku jika dakwaan itu sahih.

IKLAN

Beri hukuman paling berat jika benar liwat berlaku…

Jika benar ini berlaku (liwat), maka kerajaan sudah boleh mengharamkan pertubuhan ini, dan hukuman paling berat perlu diberikan kepada si pelaku.- Katanya.

Baru-baru ini, Ops Global telah menyerbu 20 rumah amal milik GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan. Operasi tersebut mendedahkan bahawa penghuni rumah amal itu dipercayai dilatih dengan cara yang tidak bermoral, termasuk dipaksa meliwat dan diliwat oleh penjaga mereka.

BACA: Polis Selamatkan 402 Kanak-Kanak Dieksploitasi Beberapa Di Rumah Kebajikan GISBH

Akmal juga menyarankan agar kerajaan terus menggempur semua cawangan rumah amal GISBH untuk memastikan tiada lagi kanak-kanak dan remaja yang menjadi mangsa eksploitasi.

Mohon kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau berada dalam situasi yang sama untuk tidak takut melaporkan kepada pihak berkuasa. Ini bukan ajaran Islam, ini ajaran syaitan.- Tambahnya lagi.

Sebanyak 20 rumah amal telah diserbu, dengan 402 penghuni diselamatkan – 201 lelaki dan kanak-kanak, serta 201 perempuan. Mereka dipercayai menjadi mangsa penderaan, termasuk dicederakan menggunakan objek panas jika melakukan kesilapan.

Ohmedia dr muhmad akmal gisbh

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas