Trending
Tindakan Beberapa Kenderaan ‘Escort’ Pemandu Lori Mengantuk Atas Jalan Raya Dipuji Netizen
Tak dinafikan, menjadi seorang pemandu serta kelindan lori merupakan salah satu pekerjaan yang sangat memenatkan kerana perlu memandu sejauh beribu-ribu kilometer demi sesuap nasi.
BACA: Rakaman Dashcam Dua Kakitangan KKM Dirempuh Lori Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit
Namun, sekiranya terlalu penat dan mengantuk, seeloknya janganlah diteruskan perjalanan itu dan berehatlah sebentar kerana dikhuatiri akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Pemandu lori mengantuk di’escort’ pengguna jalan raya yang lain
Tular satu video di TikTok memaparkan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang.
@tobengshah mencemaskan..dari bukit tagar hgga ke t.malim..terpksa escort sebab risau mmbahayakan pemandu2 lain#fyp#burungantu ♬ Tiara – Raffa Affar
Menerusi video yang dimuat naik tobengshah itu, difahamkan pemandu lori dihadapannya itu sedang memandu dalam keadaan yang mengantuk.

Melihat situasi itu, dia dan beberapa kenderaan yang lain bertindak membunyikan hon serta meng’escort’ lori tersebut sehingga ke kawasan rehat dan rawat bagi memastikan tidak berlaku sebarang kemalangan yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Terbaik tindakan dilakukan abang ni
Perkongsian tobengshah itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka memuji tindakannya dan beberapa pengguna jalan raya yang lain dalam memastikan nyawa pengguna jalan raya yang lain selamat serta ada yang mendoakan semoga pemandu-pemandu lori terus kuat dan tabah dalam bekerja.




Kredit: TikTok tobengshah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM