Connect with us

Oh! Media

Tiga Lelaki Dan Seorang Wanita Dicekup Dalam Bilik Hotel Johor

ohmedia remaja perempuan oku lembam dirogol

Trending

Tiga Lelaki Dan Seorang Wanita Dicekup Dalam Bilik Hotel Johor

Tiga lelaki dan seorang wanita dicekup JAINJ dalam serbuan bilik hotel di Johor Bahru.

Impian tiga lelaki yang kononnya mahu ‘dilayan’ seorang wanita berusia 23 tahun berakhir dengan tangkapan apabila bilik hotel mereka di bandar Johor Bahru diserbu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sekitar jam 12.30 tengah malam semalam.

Menurut laporan Harian Metro, JAINJ berkata yang serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan mendapati empat individu berusia 20-an itu berada dalam sebuah bilik hotel yang ditempah sejak dua hari lalu.

Makan dulu, wanita terus diajak ke hotel

ohmedia pasangan khalwat

Berdasarkan siasatan, seorang lelaki terlebih dahulu membelanja wanita terbabit makan di sebuah kedai sebelum mengajaknya ke bilik hotel yang telah pun ditempah secara atas talian.

IKLAN

Pada masa sama, dua rakan lelaki terbabit menunggu di bilik malah wanita itu juga mengetahui kehadiran mereka.

Wanita itu dikatakan hadir secara sukarela dan tidak menolak kemungkinan dia mengenakan bayaran.

Disiasat di bawah Enakmen Syariah

ohmedia kantoi khalwat

Kesemua mereka kini disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun.

Pssttt! Godaan dunia memang manis, tapi akibatnya boleh memalukan diri dan keluarga. Hargai maruah, jauhi perkara yang mengundang dosa.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas