Connect with us

Oh! Media

Tidak Puas Hati Sebab Masuk Campur Urusannya, Lelaki Tik*m Warga Emas Dengan Gunting

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 13t170211562

Trending

Tidak Puas Hati Sebab Masuk Campur Urusannya, Lelaki Tik*m Warga Emas Dengan Gunting

Terbaru, seorang wanita warga emas yang berusia 80 tahun telah maut kerana ditikam di kepala oleh anak saudaranya menggunakan gunting.

Kejadian ini berlaku di sebuah rumah di Gelung Bubu, Pekan Darat, Pulau Pinang hari ini.

Menerusi laporan Malaysia Gazette, difahamkan mangsa telah meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya, manakala ibu kandung suspek juga turut mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Kepala Batas.

IKLAN

Insiden ini berpunca daripada pergaduhan antara suspek dengan ibu kandungnya, lalu mangsa datang dan cuba untuk meleraikannya.

Namun suspek tidak berpuas hati kerana mangsa telah mencampur tangan dalam urusan dia dan ibunya.

Suspek yang geram dengan perkara itu telah mengambil tindakan mencapai gunting di atas meja yang berhampiran dan menikam di bahagian kiri kepala mangsa.

Bukan itu sahaja, suspek juga telah memecahkan cermin rumah saudaranya. Orang ramai yang melihat perkara itu telah melaporkan kepada pihak polis.

Suspek dipercayai mempunyai masalah mental, dan telah cuba melarikan diri selepas kejadian itu berlaku, namun malangnya pihak polis sempat menahan suspek yang lari tidak jauh dari lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan berhubung kejadian berkenaan.

Suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 13t170211562

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Malaysia Gazette


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas