Trending
“Tiada Unsur Jenayah, Lebih Kepada Kecuaian” – Polis Sahkan Metadon Milik Bapa, Diperoleh Secara Sah
Polis sahkan kes kanak-kanak maut minum metadon di Kajang tiada unsur jenayah, hanya kecuaian.
Pada
Polis sahkan kes kanak-kanak maut minum metadon di Kajang tiada unsur jenayah, hanya kecuaian.
Oleh
Tragedi yang menyayat hati melibatkan seorang kanak-kanak 11 tahun di Sungai Ramal akhirnya mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa.
Kes kematian akibat metadon ini sebelum ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.
Ramai tertanya-tanya sama ada wujud unsur jenayah dalam insiden tersebut, lebih-lebih lagi selepas laporan awal mendakwa mangsa bersama dua adiknya dipercayai diberi minum metadon.

Terbaru, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan bahawa cecair metadon yang diminum kanak-kanak berkenaan adalah milik bapanya sendiri dan diperoleh daripada sumber yang sah untuk tujuan rawatan.
Berkaitan kes di Kajang (metadon) melibatkan kanak-kanak, siasatan buat masa ini menunjukkan tiada unsur atau niat jenayah dan lebih kepada kecuaian. Ubat itu dimiliki oleh bapa kanak-kanak berkenaan untuk tujuan rawatan dan dipercayai kecuaian berlaku ketika penggunaan.
Menurut beliau, kedua-dua adik mangsa kini masih dirawat di hospital dan menunjukkan perkembangan positif.
Dalam masa sama, ibu serta bapa kanak-kanak tersebut telah diberikan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan.

Susulan kejadian itu, kedua-dua ibu bapa direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.
Setakat ini, polis menegaskan bahawa kes berkenaan lebih menjurus kepada kecuaian dan bukan perbuatan jenayah yang disengajakan.
Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki maut manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum metadon oleh ibu kandung mereka sendiri.
Pssttt! Kes metadon ini benar-benar menyentuh hati. Walaupun tiada unsur jenayah, kecuaian kecil boleh membawa kesan yang sangat besar. Jadikan tragedi ini sebagai iktibar supaya keselamatan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan di rumah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
AGC minta mahkamah tentukan status baki hukuman Najib dalam kes SRC International yang turut memberi kesan...
AGC tegaskan tidak pernah mempertikai pengampunan Najib Razak. Isu sebenar berkaitan kesan undang-undang terhadap baki hukuman...
Tahanan rumah Najib Razak ditangguhkan sementara oleh AGC bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Perintah Pengampunan Bersyarat...
Najib Razak dilihat keluar dari Penjara Kajang selepas menjelaskan denda RM50 juta dalam kes SRC International.
Rosmah Mansor tidak mengetahui dakwaan wakil Najib membayar denda RM50 juta bagi membolehkan suaminya menjalani tahanan...