Connect with us

Oh! Media

Tiada Rampasan Kasut Mirip Kalimah Allah

Jheat

Trending

Tiada Rampasan Kasut Mirip Kalimah Allah

Tular di aplikasi X, seorang pengguna mendapati ada kalimah Allah di tapak kasut buatan jenama tempatan yang menimbulkan kemarahan. Berikutan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membuat tinjauan namun tiada rampasan dibuat.

BACA: Kalimah Allah Tertera Pada Stoking, KK Super Mart Jelaskan Ia Datang Dari Pihak Vendor

Menurut laporan Berita Harian, pemantauan yang dilakukan mendapati tiada logo mirip dengan kalimah Allah seperti yang diperkatakan.

IKLAN

Namun, Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata akan melakukan pemeriksaan untuk pastikan tiada pihak menggunakan logo kalimah Allah pada barangan jualan.

M rozi bidin

Katanya, JHEAT akan terus aktif memantau supaya tiada penjualan barangan menyalahgunakan kalimah Allah.

Kita meminta jasa baik orang ramai terutama umat Islam supaya terus melaporkan kepada JHEAT jika terdapat penjualan kasut mirip kalimah Allah di negeri ini.

Kita akan mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa kita ke atas pemilik pasar raya yang menjual barangan yang mempersendakan agama dan kalimah Allah.

Terdahulu, penjualan stoking dengan kalimah Allah di KK Mart telah menyedarkan masyarakat bahawa terdapat pihak yang mempersenda kalimah Allah.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas