Connect with us

Oh! Media

Trending

“Tiada Lagi SJR Besar-Besaran Bila Negara Masuk Ke Fasa Endemik” – KJ

Apabila negara memasuki fasa endemik nanti, sekatan jalan raya (SJR) bagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) secara besar-besaran tidak akan dilaksanakan lagi.

BACA : “Suami Lengkap Vaksin Akan Dibenarkan Teman Isteri Bersalin Di Wad, Tapi..” – KJ

IKLAN

Menurut laporan Astro Awani, pemeriksaan secara rawak di restoran dan premis walaubagaimanapun akan tetap dilaksanakan dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Perkara ini dibalas Khairy di Twitter apabila seorang individu bertanyakan mengenai pengkuatkuasaan dan penempatan semula pasukan PDRM terhadap pematuhan SOP apabila SJR dikurangkan ketika negara memasuki fasa endemik.

Ya, ini akan kekal sebagai sebahagian daripada Ops Patuh PDRM. Pemeriksaan secara rawak di restoran dan premis akan terus dilakukan untuk pematuhan SOP terutamanya di pintu-pintu masuk, perkara ini kekal penting.

Tetapi tentunya tidak ada sekatan jalan raya yang besar.

Semoga dengan usaha dari semua pihak, kita akan kembali menjalankan kehidupan seharian seperti sedia kala. Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan ya.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas