Connect with us

Oh! Media

“Tiada Isu Lagi Dah” – Gadis Tampil Jelaskan Mak Cik Baju Merah Dah Datang Minta Maaf

Trending

“Tiada Isu Lagi Dah” – Gadis Tampil Jelaskan Mak Cik Baju Merah Dah Datang Minta Maaf

Tular beberapa hari yang lalu mengenai insiden majlis perkahwinan yang ‘rosak’ disebabkan oleh tindakan makcik berbaju merah yang seringkali menyelit setiap kali jurugambar ingin mengambil gambar pengantin.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sakit Hati Sangat” – Menyelit Di Mana-Mana, Gadis Sedih Gambar Dan Video Nikah ‘Rosak’ Gara-Gara Makcik Baju Merah

Bukan itu sahaja, difahamkan juga hampir 21 pasangan lain juga pernah berdepan dengan pengalaman yang sama sejak dari tahun 2017 dengan individu yang sama. Panas betul mendengarnya!

Gadis jelas kan pihak masjid dan makcik sudah mohon maaf

Terbaru, gadis yang dikenali sebagai Zarah Yusoff yang merupakan ‘mangsa’ terbaru makcik tersebut tampil memaklumkan bahawa isu yang menyakitkan hati itu akhirnya selesai.

@azfztlmhmmd

Alhamdullilah 🙋🏻‍♀️

♬ original sound – Zarah Yusoff

Menurut Zarah, keluarganya serta pihak masjid dan makcik berkenaan telah mengadakan satu pertemuan bagi menyelesaikan isu ini.

Zarah juga memaklumkan bahawa makcik tersebut juga telah membuat permohonan maaf kepadanya dan berharap agar kesalahannya itu tidak dikaitkan dengan ahli kariah masjid yang lain.

Alhamdulillah semuanya dah selesai

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan rasa syukur selepas isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang elok.

KRedit: TikTok Zarah Yusoff

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas