Connect with us

Oh! Media

“Sakit Hati Sangat” – Menyelit Di Mana-Mana, Gadis Sedih Gambar Dan Video Nikah ‘Rosak’ Gara-Gara Makcik Baju Merah

Oh! Tidak

“Sakit Hati Sangat” – Menyelit Di Mana-Mana, Gadis Sedih Gambar Dan Video Nikah ‘Rosak’ Gara-Gara Makcik Baju Merah

Pastinya gambar dan juga video perkahwinan merupakan momen yang paling dinantikan buat mereka yang berkahwin kerana itu akan menjadi satu kenangan yang terindah bagi permulaan hidup baharu mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: “Takut Tangan Putus Jer Tu Makcik..”- Netizen Risau Tengok, Takut Jadi Sasaran Peragut

Namun lain pula jadinya buat pasangan pengantin ini apabila hampir kesemua gambar dan video perkahwinan mereka ‘rosak’ gara-gara penampilan seorang makcik yang berpakaian berwarna merah sewaktu majlis perkahwinan mereka.

@naimnezan #duet with @Zarah Yusoff ♬ original sound – Zarah Yusoff

Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat seorang makcik yang memakai pakaian berwarna merah dilihat sering kali menempel di setiap sudut sehingga menyukarkan jurugambar untuk menjalankan tugas.

Gadis sedih, rasa nak marah

Terbaru, gadis tersebut yang ditemubual mStar tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku sewaktu hari pernikahannya.

Menerusi temubual itu, Zarah Yusoff, 27, yang merupakan pengantin perempuan mengakui kurang senang dan berasa berang dengan keadaan itu sehinggakan dia dan suaminya bercadang untuk mengadakan semula majlis persandingan 10 tahun akan datang tanpa kelibat makcik tersebut.

Selepas dua bulan, saya hubungi suami saya menangis cakap kat dia saya tak okay.

Itu pun kami dah rancang nak tukar gambar tak kisah kalau kena caj tambahan dan tak terfikir nak minta makcik tu bayar.

Saya dah bincang dengan suami, selepas 10 tahun kami nak buat balik majlis tanpa kelibat makcik tu.

Dalam pada itu, Zarah memaklumkan bahawa tujuan dia memuatnaik video tersebut sebelum ini adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai pengajaran dan berharap agar perkara ini tidak berlaku kepada pasangan lain di luar sana.

Saya pun tiada plan langsung untuk suruh mak cik itu bayar, claim saya punya ganti rugi ke apa, tak langsung.

Saya sebenarnya taknak benda ni jadi dekat orang lain je. Saya berharap diorang minta maaf, lepastu benda tak terjadi pada sesiapa pun, cukuplah sampai saya je.

Apa komen korang kalau terjadi perkara macamni dekat korang?

Kredit: TikTok naimnezan | YouTube mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas