Connect with us

Oh! Media

Tetamu Terkedu, Penari Wanita Gelek Nampak Pusat Buat Persembahan Dalam Majlis Kahwin Melayu

Ohmedia majlis kahwin melayu penari gelek

Oh! Tidak

Tetamu Terkedu, Penari Wanita Gelek Nampak Pusat Buat Persembahan Dalam Majlis Kahwin Melayu

Tetamu di sebuah majlis perkahwinan hanya mampu menggelengkan kepala mereka selepas melihat persembahan mengejutkan daripada beberapa penari gelek di atas pelamin.

Dalam satu hantaran di TikTok, Lini Shuhada berkongsi tangkap layar beberapa orang penari sedang membuat persembahan.

“Penari gelek di atas pelamin buat para isteri overthinking.”- Tulisnya.

Disebabkan itu, dia tekad tak benarkan pasangannya pergi ke majlis perkahwinan sendirian lagi. Lini turut berpendapat, persembahan sebegitu tidak sesuai untuk majlis perkahwinan Melayu.

IKLAN

Tarian gelek di majlis perkahwinan Melayu. Unik? Ya. Sesuai? Tidak pasti.- Tulisnya di ruangan kapsyen.

Walaupun video penuh majlis tersebut tidak dikongsikan Lini, ia kemudian ditemui dan dimuat naik semula di platform X. Video tersebut menunjukkan penari gelek menari di hadapan pelamin, ditonton oleh tetamu majlis.

Ramai tetamu wanita, terutamanya yang lebih berusia, jelas kurang senang dan hanya menggeleng kepala melihat tarian itu. Ada juga yang menutup mata kanak-kanak dan mengarahkan suaminya untuk berhenti melihat.

“Allahuakbar, jangan tengok. Abang, dah, jangan tengok.”- Kata salah seorang tetamu wanita.

Namun, tetamu lelaki pula kelihatan seronok, siap merakam video dan menari bersama. Difahamkan, individu yang memuat naik video asal di TikTok telah memadam rakaman tersebut daripada akaunnya.

Ohmedia majlis kahwin melayu penari gelek

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas