Connect with us

Oh! Media

Tertuduh Kes Cikgu Istiqomah Hanya Mengangguk ‘Faham’, Tiada Pengakuan Direkodkan

Ohmedia istiqomah

Trending

Tertuduh Kes Cikgu Istiqomah Hanya Mengangguk ‘Faham’, Tiada Pengakuan Direkodkan

Tertuduh kes pembunuhan Cikgu Istiqomah iaitu Mohd Fadzly Ariffadzilah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka hari ini di atas pertuduhan membunuh pada Disember tahun lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh yang merupakan seorang bekas guru dan pelabur mata wang asing hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Tertuduh juga tidak membuat sebarang pengakuan di hadapan majistret hari ini kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

IKLAN

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Dalam pada itu, mahkamah turut meminta tertuduh menghubungi keluarga untuk proses lantikan peguam bagi mewakili dirinya.

Cikgu Istiqomah

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Fadzly yang merupakan kenalan lama mangsa dituduh membunuh Istiqomah Ahmad Rozi antara 26 Disember 2023 hingga 31 Disember 2023 di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.

Kes disiasat mengikut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati atau boleh dihukum penjara maksimum 40 tahun serta sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Ohmedia istiqomah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian | Kosmo! | Harian Metro


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas